Friday, July 30, 2021

Perihal Warranty - Sila AMBIL TAHU

 Salam semua...

Sikit perkongsian yang agak penting untuk semua perlu ambil tahu agar tiada cerita KARI berlaku .

Kisah 1 - Anda beli barang dari sparepart atau shopee bawa ke bengkel utk POMEN pasang - contoh alternator atau apa jua barang yang mana di berikan warranty oleh si penjual . So bila pomen dah pasang...semua berfungsi elok - Maka selesailah tanggungjawab pomen . Jika berlaku kerosakkan anda perlu deal dengan si penjual dan utk upah pasang mestilah anda bayar semula x kisahlah walaupun baru sejam anda tukar . Paham kot no ... Jangan lah pula salahkan pomen yang dah 20 tahun dok buat kerja ..anda cakap dia salah pasang so rosak benda alah tu .

Kisah 2 - Anda datang ke bengkel ... kereta rosak dan anda suruh pomen urus semua . So selalunya dah deal ... pomen akan bagitau barang ni ada warranty .. So jika rosak...anda boleh sahaja claim melalui pomen dan pomen akan tolong urus . Cuma rasanya bab towing dan upah pasang tu...anda lah kena bayar..takkan pomen nak bayar pulak kan . Ada juga pomen yang dia bagi upah pasang kali ke2 percuma sbb dia dah deal awal..tapi towing jarang lah pomen bayarkan... so kena paham perkara ini .

Kisah 3 - Anda datang bengkel...gearbox auto kereta anda rosak...anda minta pomen uruskan semua...pomen dah bagitau siap siap..gearbox di antar / amik dari pihak luar ( halfcut atau kedai repair gearbox ) ... deal harga..dan anda setuju...pasang semua elok..dan nak jadi cerita rosak dalam tempoh warranty ... semestinya proses claim akan berlaku..dan anda kena paham macam mana deal awal...selalunya upah pasang kene bayar... dan ada plak luck x bagus..warranty 6 bulan... rosak bulan ke 7...pastu anda pi meraban kat pomen ... rasanya adalah tidak adil anda buat cam tu..sbb urusan awal sudah di persetujui...

BTW ..mudah cakap macam ni lah..kalau pomen tu dok tipu orang..anda ja betul...mana mungkin dia bertahan bukak kedai sampai berbelas tahun...dan anda pulak dok tukar pomen salah kan itu dan ini..anda ja betul...cuba anda bukak kedai bagi servis kat orang..then anda boleh paham !!

Penulisan ini bukan nak backup pomen..tapi anda perlu tahu situasi warranty tu macam mana....apsai bila kereta anda rosak dari pengeluar anda x maki hamun atau viral ? bila kena pomen tempatan anda nak viral ?


SO PIKIR PIKIRKANLAH ... jika manfaat boleh share !!

No comments:

Post a Comment