Friday, July 30, 2021

Perihal Warranty - Sila AMBIL TAHU

 Salam semua...

Sikit perkongsian yang agak penting untuk semua perlu ambil tahu agar tiada cerita KARI berlaku .

Kisah 1 - Anda beli barang dari sparepart atau shopee bawa ke bengkel utk POMEN pasang - contoh alternator atau apa jua barang yang mana di berikan warranty oleh si penjual . So bila pomen dah pasang...semua berfungsi elok - Maka selesailah tanggungjawab pomen . Jika berlaku kerosakkan anda perlu deal dengan si penjual dan utk upah pasang mestilah anda bayar semula x kisahlah walaupun baru sejam anda tukar . Paham kot no ... Jangan lah pula salahkan pomen yang dah 20 tahun dok buat kerja ..anda cakap dia salah pasang so rosak benda alah tu .

Kisah 2 - Anda datang ke bengkel ... kereta rosak dan anda suruh pomen urus semua . So selalunya dah deal ... pomen akan bagitau barang ni ada warranty .. So jika rosak...anda boleh sahaja claim melalui pomen dan pomen akan tolong urus . Cuma rasanya bab towing dan upah pasang tu...anda lah kena bayar..takkan pomen nak bayar pulak kan . Ada juga pomen yang dia bagi upah pasang kali ke2 percuma sbb dia dah deal awal..tapi towing jarang lah pomen bayarkan... so kena paham perkara ini .

Kisah 3 - Anda datang bengkel...gearbox auto kereta anda rosak...anda minta pomen uruskan semua...pomen dah bagitau siap siap..gearbox di antar / amik dari pihak luar ( halfcut atau kedai repair gearbox ) ... deal harga..dan anda setuju...pasang semua elok..dan nak jadi cerita rosak dalam tempoh warranty ... semestinya proses claim akan berlaku..dan anda kena paham macam mana deal awal...selalunya upah pasang kene bayar... dan ada plak luck x bagus..warranty 6 bulan... rosak bulan ke 7...pastu anda pi meraban kat pomen ... rasanya adalah tidak adil anda buat cam tu..sbb urusan awal sudah di persetujui...

BTW ..mudah cakap macam ni lah..kalau pomen tu dok tipu orang..anda ja betul...mana mungkin dia bertahan bukak kedai sampai berbelas tahun...dan anda pulak dok tukar pomen salah kan itu dan ini..anda ja betul...cuba anda bukak kedai bagi servis kat orang..then anda boleh paham !!

Penulisan ini bukan nak backup pomen..tapi anda perlu tahu situasi warranty tu macam mana....apsai bila kereta anda rosak dari pengeluar anda x maki hamun atau viral ? bila kena pomen tempatan anda nak viral ?


SO PIKIR PIKIRKANLAH ... jika manfaat boleh share !!

Thursday, July 22, 2021

Istilah Yang Perlu Anda Tahu

 Salam ..

KEBETULAN PAGI TADI ada sorang call...mujor la saya tanya dulu..kalau dak..jem kalau dia mai workshop..,,kereta dia rosak segala bana compressor la..stereng rack la..drisap la...member rekemen kat mai P44 Autoworks suh tukaq engine lantai...huhu....so harap dengan penjelasan ini...hampa semua jelas na...

ENGINE KOSONG - engine yang semata mata kosong dibeli dari hafkat...semua barang disalin pakai balik barang kita..tukar semata mata engine sahaja

ENGINE LANTAI  - hat ni luck..ada yang mai ada wiring...ada yang mai ada gearbox dan segala bana atas frame..compressor alternator dll..atas deal anda dengan kedai tersebut

HALFCUT - hat ni...separuh depan kita dapat...bermaksud...dari setereng sampai ke depan bumper

CKD - yang ni kita dapat 1 car ... semua benda dapat dan juga bergantung kepada deal

** So harap paham ya istilah yang digunapakai agar x semak pala...tanya kedai lain dia bagi cam lain..mai kenai lain hampa minta barang lain...

Thursday, July 15, 2021

Kelisa Convert 1300cc Turbo

 Sapa ada kelisa kenari nak sedap naik..mai tgk...surrr.. pakej terbaik utk hampa semua !!!



Alhamdulillah - REZEKI PKP 3.0

 Terima kasih Pian dari Kulim Support - Kelisa Convert YRV Turbo 1300cc



Wednesday, July 14, 2021

Toyota HILUX Timingbelt

 Pemilik Hilux elok tengok agar tak terkena...



Mai ushar tengok....kita cerita A to Z !!!

Tuesday, July 13, 2021

Kancil Turbo AUTO

 Pakej pemasangan sempurna dari P44 Autoworks

Kami adalah pakar KCAR anda !!



Thursday, July 8, 2021

Mai ushar mai !!!

Mai ushar...
Selain Pomen Kereta dan Dyno Motor
Kat P44 Autoworks / P44WerTuneLab juga ada #BBQByAbamGar (Buka Setiap Hari 11.30am - 5.30pm) - Boleh mai beli terus atau order di Foodpanda - TAPAUFOOD atau kami ada freelance runner 🏃‍♂️🏃‍♂️🏃‍♂️










 

Tuesday, July 6, 2021